
Kemasukan band indie di persada muzik tempatan berkembang dengan cepat akhir-akhir ini.Lebih mengukuhkan keadaan tersebut apabila muzik yang dibawa oleh mereka semakin diterima oleh peminat-peminat muzik indie di Malaysia.
Terbaru, "Lagu Untukmu" dendangan kumpulan indie, Meet Uncle Hussein (MUH) diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 baru-baru ini.
Kejayaan kemenangan tersebut diulangi dengan dicapai oleh sebuah lagi band indie, iaitu kumpulan Estranged dengan lagunya "Itu Kamu" tahun lalu.Ini terbukti bahawa rakyat Malaysia sentiasa menyokong muzik indie, terutama kalangan remaja.
Bagi band indie baru seperti Bunkface, kemasukan band-band indie seperti Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan, membuka jalan kepada mereka untuk terus giat dalam muzik indie.
Nama "Bunkface" diambil daripada sebuah kumpulan rock di Amerika Syarikat, Sum 41.Tajuk lagunya "10 Crazy Amanda Bunkface".Antara lagu yang meletup dalam album Bunkface ialah Situasi, Revolusi, Bunk Anthem, Silly Lilly dan banyak lagi.