
Band Hujan ditubuhkan pada awal tahun 2006.Vokalis band Hujan ialah Noh yang juga selaku gitar kedua, Dimas selaku pemain bass, Iy Ag selaku gitar utama dan Ambobzeela selaku pemain drum.Muzik band Hujan ini dipengaruhi dari pelbagai band muzik ternama seperti The Strokes, Butterfingers, dan juga Pot Amir.
Band Hujan ini dikenali sebagai band rock alternatif.Namanya mengambil elemen daripada alam.Band ini mendendangkan segalanya daripada cinta, ketuhanan, keluarga dan perkara-perkara yang berlaku di dunia ini.
Dari hari ke hari, peminat mereka kian bertambah.Peminat terus menyokong kumpulan ini dengan menghadiri gig-gig dan show band Hujan serta membeli album mereka.Antara lagu-lagu yang terkenal adalah Pagi Yang Gelap, Gundah, Aku Skandal, Ludah Amerika dan Sedih.Band Hujan boleh dilawati di laman web iaitu; www.myspace.com/kugiranhujan. Stesen-stesen radio hari ini banyak memperdengarkan lagu daripada band Hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan