Ahad, 30 Ogos 2009


Nitrus adalah sebuah kugiran rock bebas yang mengetengahkan lagu-lagu di dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris.Kumpulan ini sudah wujud sejak dari tahun 1999 lagi.
Band ini dianggotai oleh empat orang anak Malaysia iaitu Edriely selaku vokalis, Syed Helmi selaku gitar utama, Iskandar selaku pemain bass, dan Bob selaku pemain drum.
Mereka telah merakamkan lagu-lagu mereka dalam 2 buah album setakat ini iaitu album pertama pada tahun 2001 bertajuk "Another Boring Sunday" dan album kedua pada tahun 2005 bertajuk "Rasa".
Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam kedua-dua buah album tersebut ialah Kamu, Rasa, Colder, Wanita, Masih Sama, Better Days, Twisted, Hujung Dunia dan Bintang-bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan