
Berbekalkan suara merdu dan imej yang berbeza dengan penyanyi wanita yang sedia ada, membuatkan penonton tertanya-tanya, mengapa kita lambat melahirkan bakat sebagusnya, tatkala keadaan industri muzik negara
ketandusan penyanyi hebat.
Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, tidak menafikan lagu "Dan Sebenarnya" sedikit sebanyak membantu mempromosi dan memperkenalkan dirinya kepada peminat, khususnya mereka yang kurang terdedah kepada muzik indie tempatan.
Yuna mula dikenali menerusi laman myspace.Tujuan asalnya mencipta lagu dan mendendangkannya sekadar untuk berkongsi muzik tanpa menyangka sambutan yang diterima begitu hangat.
Siapa sangka, gadis bertudung yang salah seorang penyanyi indie wanita ini akhirnya menjadi sebutan ramai kerana caranya berbeza selain rentak lagunya mudah diikuti ramai, seolah-olah dai sungguh berpengalaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan