Selasa, 8 September 2009




Tertubuhnya band baru digelar Azlan & The Typewriter (ATTW), maka tercetusnya visi dan misi baru dalam hidup vokalisnya, Lan yang sebelum ini dikenali menerusi band Meet Uncle Hussain (MUH).


Seperti band-band lain, Azlan & The Typewriter juga mengimpikan sesuatu yang lebih baik berlaku dalam bandnya nanti.


Seiring dengan pemilihan nama Azlan & The Typewriter, Lan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee memberitahu dia mengaitkan nama mesin taip dengan band itu.


Menurutnya, nama Azlan & The Typewriter mempunyai maksud yang tegas kerana setiap perkara dan risiko yang berlaku dalam band itu akan ditanggung olehnya sendiri.


Sementara mesin taip pula memberi simbolik kepada muzik yang turut bertapak seiring dengan era tahun 70-an.


Lagu-lagu dalam single pertama mereka ialah `Kelibat Si Penyair`, `Jiwa`, & `Lipstik, Plastik, Kosmetik` yang diubah oleh Lan dan produser Lake.


Selain Lan, band yang secara rasminya tertubuh pada Julai 2009 ini turut dianggotai oleh 3 orang pemuzik `Sessionist` iaitu Din sebagai gitaris, Pak Ku pemain bass, dan Jimmy pemain drum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan