Ahad, 6 September 2009




Setelah menyepi hampir tiga tahun tanpa album, akhirnya kumpulan Coco kembali mengubati rindu para peminatnya dengan album baru "Mengintai Langit", album kedua kumpulan yang dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Nine, 26, selaku vokalis, AG, 21, (Gitar Utama), Shoun, 24, (bass) dan Elle, 21, (drum) itu merupakan karya mereka sendiri.

Peluang menyerlahkan bakat dan kreativiti melalui penciptaan lagu dan penulisan lirik memberikan lebih kepuasan kepada mereka. Bukan hanya satu tetapi tujuh buah lagu ciptaan mereka di dalam album terbaru tersebut.

Antara lagu yang dalam album tersebut ialah Takkan Menduakanmu, Mengintai ke LangitHilang Dalam Buram, Azimat Cintamu, Berteman Bintang dan Belum Terpisah.

Single pertama, Takkan Menduakanmu dan Mengintai Langit yang merupakan single kedua Coco kini sedang rancak diputarkan di corong-corong radio tempatan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pendengar.

Kejayaan album pertama, kombinasi mencatat jualan melebihi 15,000 unit membuatkan kumpulan itu lebih berhati-hati dalam pemilihan lagu terutamanya dalam memastikan kepuasan kepada halwa telinga para peminat mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan