Ahad, 13 September 2009



Estrella yang sangat popular dengan lagu mereka yang bertajuk “Stay” dan “Ternyata” banyak member impak kepada mereka yang pertama kali mendengar lagu mereka. Estrella adalah perkataan Sepanyol yang bermaksud cahaya bulan.

Kumpulan Estrella ini menggabungkan muzik jazz dan pop rock. Dengan sentuhan muzik yang tersendiri, empat orang anak muda ini diwakili oleh Liyana (Vokalis), Yob (gitar), Jeff (Drum), dan Wan (Percuassions), menjadikan pertaruhan kemunculan pertama mereka dipersada muzik tempatan.

Dalam meraih perhatian khalayak, apa yang kumpulan ini titikberatkan adalah kualiti karya yang diterbitkan perlulah memenuhi kehendak pasaran dan memberikan satu pembaharuan.

Estrella lebih selesa menghasilkan lagu-lagu sendiri dengan cara masing-masing kerana mereka percaya setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan masing-masing. Walaupun sedar dari segi pemasaran, sukar untuk mereka mencapai tahap seperti penyanyi-penyanyi tempatan lain, tetapi sekurang-kurangnya lagu-lagu Estrella berkembang menerusi radio dan internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan