Rabu, 2 September 2009


Sukar untuk menafikan bahawa kumpulan-kumpulan yang seangkatan dengan Estranged seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, dan banyak lagi kini semakin diminati ramai dalam industri muzik tempatan.

Kumpulan-kumpulan seperti ini sepatutnya diberi galakan dan perhatian kerana mereka mampu mengetengahkan daya kreativiti mereka terutamanya dalam mencipta lagu-lagu mereka sendiri tanpa bergantung kepada komposer-komposer lain.

Kemenangan kumpulan Estranged yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-22 pada Januari lalu menerusi lagu berjudul "Itu Kamu" mengejutkan banyak pihak.

Pada pertandingan tersebut, ramai peminat yang tertanya-tanya bagaimana kumpulan yang baru setahun jagung ditubuhkan mampu menewaskan penyanyi-penyanyi hebat tanah air termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Nora dan Jacklyn Victor.

Dalam hal ini, yang terkejut dengan kemenangan Estranged itu mungkin daripada peminat dan penggiat muzik yang kurang peka ataupun tidak mengikut langsung arus perkembangan muzik semasa.

Kemenangan Estranged itu secara tidak langsung boleh menggalakkan kemunculan lebih banyak kumpulan muzik baru dengan menampilkan bentuk dan konsep muzik mereka yang tersendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan